Tuesday, May 11, 2010

Jimat Minyak

Ketahui cara bagaimana anda boleh mendapatkan penjimatan minyak untuk kenderaan anda.

Orang Minyak

The Orang Minyak is one of a number of Malay ghost myths. Orang Minyak literally means 'oily man' in Malay.

According to one legend, popularised in the 1956 film Sumpah Orang Minyak (The Curse of the Oily Man) directed by and starring P. Ramlee, the orang minyak was a man who was cursed in an attempt to win back his love with magic. In this version, the devil offered to help the creature and give him powers of the black arts, but only if the orang minyak worshipped him and raped 21 virgins within a week. In another version it is under control of an evil bomoh or witch doctor. Another movie based on Orang Minyak was produced in 2007.[1]

According to legend, in the 1960s the orang minyak lived around several Malaysian towns, where he raped young women. The orang minyak of the 1960s was described as human, naked and covered with oil (supposedly to make it difficult to catch). However, there were also stories of the orang minyak where it was supposedly supernatural in origin, or invisible to non-virgins, or both. The mass panic has also led to unmarried women, typically in student dormitories, borrowing sweaty clothes to give the impression to the orang minyak that they are with a man. Other defences supposedly include biting its left thumb and covering it in batik.

In short, the orang minyak is a supernatural serial rapist that is hard to see and hard to catch. Some have speculated that the orang minyak is a regular criminal who uses black grease as a night-time camouflage. Due to the use of black grease, it makes the orang minyak hard to catch, as pursuers would not be able to hold on to him. However, in some encounters with the orang minyak, the situation is not explainable from a non-supernatural angle.

Reputed sightings of the orang minyak, or events later ascribed to it, have continued with reduced frequency into the 2000s.

In 2005, there have been cases of rapists covered in oil roaming around, armed with knives.

Minyak Kelapa Sawit

Minyak (kelapa) sawit ialah sejenis minyak sayur boleh dimakan yang diperoleh dari buah dan isirong (benih) kelapa sawit (Elaeis guineensis). Minyak sawit biasanya berwarna kemerahan kerana mengandungi isi beta-karotena yang tinggi (tetapi apabila dididih, bahan karotenoid dalamnya musnah, sekaligus melunturkan warna minyak). Minyak sawit ialah salah sejenis minyak sayur yang amat tinggi kandungan lemak tepu (seperti minyak kelapa) oleh itu berkeadaan separa pejal dalam suasana bersuhu bilik.

Minyak kelapa sawit laris digunakan sebagai minyak masak, ramuan marjerin, dan juga bahan untuk membuat pelbagai makanan diproses. Minyak ini juga adalah bahan terpenting dalam pembuatan sabun, serbuk cucian dan produk penjagaan diri, dan juga digunakan untuk merawat luka, dan also juga menjadi bahan suapan biobahan api.

Sejarah Penemuan Petroleum di Malaysia

Ini pun dari wikipedia jugak.

Sejarah minyak di Malaysia bermula dalam abad ke-19. Rakyat Bumiputera di Sabah dan Sarawak telah menyedari wujudnya serapan minyak atau 'minyak tanah' seperti dikenali di setengah-setengah tempat terutamanya di sekitar kampung Miri.

* Julai 1882, Residen British di daerah Baram telah mencatatkan adanya penemuan minyak. Beliau mencatatkan penduduk Melayu tempatan menggunakan minyak untuk tujuan perubatan dan untuk menghidupkan lampu minyak dan juga sebagai campuran damar untuk menampal perahu.

* 1909, syarikat minyak Anglo-Saxon iaitu syarikat asal kepada Syarikat Sarawak Shell hari ini telah diberi hak untuk mengeksploitasi sumber petroleum yang terdapat di seluruh Sarawak.

* Ogos 1910, Minyak dijumpai di Kampung Miri. Pada mulanya, sebanyak 8 tong minyak sehari telah dikeluarkan. Miri dapat dikatakan sebagai tapak bermulanya industri petroleum secara komersial di Malaysia.

* 1929, pengeluaran 29000 tong sehari. Carigali minyak tertumpu di daratan bandar Miri sahaja.

* Tahun 1941-1945, telaga minyak Miri rosak teruk. Pengeluaran gagal dijalankan dan terpaksa ditutup pada Oktober 1972 sehingga ke hari ini.

* 1968, telaga minyak luar pantai yang pertama, West Lutong memulakan pengeluaran. 4000 tong minyak sehari dikeluarkan pada tahun 1968. 4 medan minyak telah diusahakan.

Kegunaan Minyak

Ini semua dari wikipedia

Minyak Masak

Minyak makan, sayuran dan minyak binatang biasanya digunakan dalam masakan, disebabkan kebolehan mereka untuk mencapai suhu yang lebih tinggi daripada air. Mereka juga bertindak sebagai perasa dan juga medium penyokong untuk vitamin dan bau-bauan.

Minyak Bahanapi

Minyak mengandungi tenaga tersimpan yang tinggi, yang mana ia boleh digunakan untuk pemanasan dan juga memperkasakan pembakaran enjin. Minyak digunakan untuk tujuan ini biasanya diambil daripada petroleum, tetapi sumber-sumber tenaga biologi boleh dinilai sebagai satu alternatif kepada minyak mentah yang semakin mahal.

Pelinciran

Disebabkan oleh sifat ketidakkutubannya, minyak susah untuk melekat kepada bahan lain. Sifat ini menyebabkan ia berguna sebagai satu pelincir untuk pelbagai tujuan kejuruteraan. Minyak yang sesuai biasanya dijumpai dalam spektrum mineral, secara biologinya minyak akan terurai dalam kebanyakan keadaan persekitaran.

Petrokimia

Petrokimia adalah satu proses penyaringan minyak mentah kepada bahan mentah lain yang lebih berguna, plastik, dan minyak-minyak yang lain.

Pemindahan Tenaga

Kebanyakan minyak mempunyai takat didih yang lebih tinggi daripada air dan juga pengalir eletrik yang rendah, membolehkan ia digunakan dalam sistem penyejukan cecair , terutamanya di mana eletrik digunakan.

Lukisan

Pigment warna mudah melarut dalam minyak, membuatkan minyak sesuai sebagai medium penyokong untuk cat. Proses pengeringan yang perlahan kebolehan minyak untuk bercampur menghasilkan satu stail yang realistik. Kaedah ini telah lama digunakan semenjak abad ke-15.

Minyak Tar

Kebanyakan rumah mandi di Baghdad, Iraq pada zaman dahulu kala menggunakan minyak tar untuk melapisi dindingnya kerana sifatnya yang kalis air. Orang zaman dahulu juga menggunakan minyak tar untuk melapisi dinding kapal untuk mencegahnya daripada kebocoran.

Pasal Minyak

Mari cerita pasal minyak.

Apa itu minyak ? Jom cek wikipedia :

Minyak adalah satu bentuk umum sebatian kimia yang tidak boleh bercampur dengan air, dan ia berada di dalam keadaan cecair pada suhu biasa persekitaran. Bahan tersebut dikatakan juga sebagai hidrofobik or lipofilik.

Minyak terbina daripada satu atau lebih cecair hidrokarbon sebatian. Mereka adalah berbeza daripada hidrokarbon lain, seperti alkohol, keton dan eter oleh ketidakkutubannya. Perbezaan mereka daripada lemak dan lilin adalah dari segi panjang rantai molekul.

Emulsi membenarkan minyak bercampur dengan air.